My Add

Wednesday 25 April 2012

Najib tunai janji perbaiki kehidupan masyarakat India

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: MIC meminta masyarakat India supaya mempunyai keyakinan dan memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana beliau adalah pemimpin yang berpegang teguh pada janji dan sentiasa mengutamakan keperluan seluruh rakyat Malaysia. 

Setiausaha agung parti itu, S Murugesan, berkata Najib juga tidak pernah memejam mata terhadap pahit getir yang dialami kaum India di negara ini dan beliau membantu menyelesaikan pelbagai masalah tertangguh masyarakat itu seperti perkara yang membabitkan dokumen mengenalan diri, pendidikan dan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Perdana Menteri mengotakan janji beliau untuk memberi layanan secara saksama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan meletakkan asas yang diperlukan dalam semua aspek transformasi politik, ekonomi dan pentadbiran, katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Sejak mula menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2009, Najib memperkenalkan pelbagai langkah dan inisiatif seperti penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti masalah dan meringankan beban masyarakat India. 

"Peningkatan keyakinan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN) terhasil secara langsung daripada usaha ikhlas kerajaan untuk membantu mereka," katanya. 

Murugesan menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang bersedia mendengar keluhan rakyat serta sanggup turun padang untuk meninjau keadaan mereka dan tidak pernah kehilangan fokus terhadap usaha menyelesaikan masalah masyarakat India. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment