My Add

Saturday 21 April 2012

Nelayan Langkawi dapat peruntukan tambahan RM12 juta

LANGKAWI, SABTU, 21 April, 2012: Nelayan di Langkawi mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM12 juta tahun ini bagi melaksanakan projek ternakan terepang dan ternakan ikan dalam sangkar di perairan pulau itu. 

Terepang ialah sejenis hidupan laut yang digunakan dalam campuran ubatan tradisional seperti gamat dan kosmetik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharum, berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada lebih RM400 juta yang diberikan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam Belanjawan 2012.

Kita bercadang membina tempat memproses gamat di Kuala Cenang supaya produk berasaskan gamat dapat dihasilkan berterusan serta mewujudkan peluang pekerjaan selain menambah pendapatan nelayan," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan, Jabatan Perikanan Kedah di sini, hari ini. 

“Ketika ini terdapat 12 projek ternakan ikan dalam sangkar di perairan Langkawi yang mengeluarkan ikan kerapu sebanyak 49.69 tan metrik bernilai RM2.5juta dan ikan siakap 4.3 tan metrik bernilai RM73,100 tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment