My Add

Saturday 21 April 2012

NGO diminta bekerjasama dengan SPRM perangi rasuah

GEORGETOWN, SABTU, 21 aPRIL 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu kerajaan memerangi amalan rasuah dalam masyarakat. 

Pengarah SPRM negeri, Datuk Samarajoo Manikam, berkata NGO adalah entiti berpengaruh dalam mengubah persepsi orang ramai untuk mengamalkan sikap integriti pada setiap masa.

"SPRM tidak mampu membasmi rasuah tanpa kerjasama dengan pihak lain. Mereka lebih dekat dengan masyarakat kerana itu mereka adalah suara rakyat.

"Justeru golongan ini boleh menjadi ejen penting sebagai pemudah cara kepada SPRM untuk menyalurkan isu mengenai rasuah kepada orang awam," katanya selepas majlis penerangan dan forum pencegahan rasuah yang dihadiri lebih 12 NGO di sini, hari ini. 

Antara NGO yang hadir pada forum sehari itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang, Persatuan Kontraktor Pulau Pinang dan Persatuan Melayu Pulau Pinang. 

Samarajoo berkata, satu modul latihan khas akan dirangka tidak lama lagi bagi membolehkan NGO menjadi ejen berkesan kepada suruhanjaya itu. 

Beliau berkata, SPRM negeri akan mengadakan pertemuan dengan NGO secara berkala bagi membolehkan mesej mengenai rasuah dapat disampaikan dari masa ke semasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment