My Add

Wednesday 18 April 2012

Nurul Huda derita kanser saraf, ketumbuhan otak

MOHD. Asri Hamid dan Zaiton Mahmud bersama Nurul Huda yang menderita kanser saraf dan ketumbuhan otak di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI, SELASA, 17 April, 2012: Ketika rakan sebayanya berulang-alik ke sekolah dengan penuh keriangan, seorang kanak-kanak dari Kampung Berapit, Tikam Batu, dekat sini hanya mampu duduk termenung memikirkan masa depannya.

Ini kerana, bagi Nurul Huda Mohd. Asri, 8, hajat untuk terus belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Berapit, mungkin tidak kesampaian kerana dia kini menderita penyakit ketumbuhan otak.

Tambah menyedihkan, keadaannya yang sebelum ini ceria telah berubah menjadi lemah selepas menjalani beberapa rawatan kemoterapi.

Bapanya, Mohd. Asri Hamid, 38, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dikesan menghidap kanser saraf dan ketumbuhan otak neuroblastoma pada Mei tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment