My Add

Monday 16 April 2012

PBT Johor terima peruntukan RM37 juta sejak awal tahun

SEGAMAT, ISNIN, 16 April, 2012: Kerajaan menyalurkan sejumlah RM37 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sejak awal tahun ini, sebagai peruntukan membina dan menaik taraf kemudahan asas. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata peruntukan itu digunakan bagi membiayai 134 projek termasuk membaik pulih jalan raya, meningkatkan sistem perparitan dan kerja-kerja lanskap.

"Kementerian memberi keutamaan kepada projek yang mendesak untuk kepentingan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar awam Segamat dan menyerahkan bantuan geran kepada PBT, di sini, hari ini.

Katanya, pada hari ini saja kementeriannya menyerahkan geran tahunan PBT sebanyak RM33.4 juta serta geran Sumbangan Membantu Kadar (SMK) sebanyak RM12.8 juta kepada PBT di negeri Johor. 

Chor berkata, geran tahunan itu bertujuan membantu kewangan PBT seperti membayar emolumen dan menyelenggara aset, manakala geran SMK pula sebagai pemberian menggantikan cukai bangunan kerajaan Persekutuan di kawasan di bawah selenggaraan PBT. 

Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata pada tahun lalu kementeriannya menyalurkan bantuan berjumlah RM56.9 juta kepada 15 PBT untuk membiayai 731 projek di seluruh negeri ini. 

Pasar awam itu yang menyediakan 176 lot ruang perniagaan dibina dengan kos RM4.4 juta yang mana RM4 juta diperuntukkan kerajaan pusat manakala baki oleh kerajaan negeri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment