My Add

Monday 16 April 2012

Pecah amanah RM1.2 juta: Wanita dipenjara 7 tahun

KOTA BHARU, ISNIN, 16 April, 2012: Seorang bekas kerani akaun Koperasi Pekebun Kecil Getah Kebangsaan (Narsco), Wan Rosmawati Ismail, 50, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah sebanyak RM1.2 juta.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati wanita berkenaan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya didakwa dilakukan antara tahun 1996 hingga 1999.

Irwan menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara bagi setiap pertuduhan tetapi mengarahkan kesemuanya dijalankan secara serentak.

"Saya dapati, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, maka tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas keempat-empat pertuduhan. Pembelaan hanya bersifat penafian tanpa disokong asas yang kukuh," kata Irwan membacakan penghakimannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment