My Add

Wednesday 25 April 2012

Pekerja pemasangan wayar didakwa bunuh guru

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Seorang pekerja pemasangan wayar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, terhadap pertuduhan membunuh seorang guru wanita di Rawang, bulan lalu. 

Bagaimanapun tertuduh, N Sritharan hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.
Sritharan, 19, didakwa bersama seorang lagi, yang masih bebas, membunuh S Usharani, 47, di Perhentian Bas PKNS, Batu 17, Jalan Ipoh, Rawang, Gombak dekat sini, pada jam 7 pagi 27 Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori. 

Terdahulu, peguam K Muthiah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan merujuk kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi anak guamnya kerana mangsa meninggal semasa berada di hospital dan bukan di tempat kejadian. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Abd Raheem Aliyas. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Jun untuk sebutan kes. 
Akhbar sebelum ini melaporkan guru wanita itu cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment