My Add

Wednesday 18 April 2012

Pelabuhan Klang ke-12 terbaik dunia

PUTRAJAYA, SELASA, 17 April, 2012: Pelabuhan Klang berjaya memperbaiki kedudukannya sebagai hab pengendalian kontena dunia apabila menduduki tangga ke-12 tahun lalu berbanding ke-13 pada tahun sebelumnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kejayaan menduduki senarai 20 terbaik itu berdasarkan aktiviti keseluruhan di pelabuhan tersebut yang menunjukkan peningkatan menggalakkan.

"Selain Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor turut berada dalam senarai 20 terbaik apabila mengekalkan kedudukan di tangga ke-17 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment