My Add

Wednesday 25 April 2012

Pelaburan meningkat

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

KOTA KINABALU, SELASA, 24 April, 2012: Jumlah pelaburan rakyat Sabah dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB) meningkat sekali ganda kepada RM12.05 bilion pada tahun ini, berbanding RM6 bilion pada 2007.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pelaburan itu menyaksikan pertumbuhan kira-kira 17 peratus setahun.

"Setakat ini, penyertaan rakyat Sabah dalam pelaburan unit amanah PNB agak baik, menduduki kedudukan kelima dengan pelaburan berjumlah RM12.05 bilion dengan 1.09 juta pemegang akaun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, dari segi purata pegangan unit setiap pelabur masih lagi rendah di negeri ini iaitu kira-kira 11,000 unit berbanding purata di peringkat nasional sebanyak 13,224 unit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment