My Add

Tuesday 17 April 2012

Pelajar perempuan dilapor hilang di Kuantan

KUANTAN, SELASA, 17 Apeil, 2012: Seorang remaja perempuan, Balvin Kaur Radhdir Singh, 17, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lorong Bukit Setongkol 4 di sini, 7 April lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff, berkata remaja berkenaan yang juga pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai bertindak keluar dari rumah keluarganya pada 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya, remaja itu dilaporkan tidak pulang sejak hari itu sebelum penjaga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Beliau berkata, pelajar itu dipercayai keluar dari rumahnya sehelai sepinggang dan mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang berusia 53 tahun. 

"Polis sudah cuba mengesan mangsa dengan mengedarkan gambarnya selain turut mengesan Ravi dan seorang wanita yang dikenali sebagai Sri, 25, untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Murugesu di talian 012-9003661. 

Dalam kes berasingan, Mohd Jasmani berkata pihaknya sedang mengesan seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai terbabit dengan dua kes pergaduhan di sini. 

Mohd Jasmani berkata, remaja itu, Mohd Zamri Najib yang dikenali sebagai Alif, dipercayai terbabit dalam dua kes iaitu mencederakan dua mangsa di Kampung Permatang Badak dan Taman Sungai Isap Jaya pada 13 Disember 2011 dan Ahad lalu. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunya maklumat mengenai suspek supaya menghubungi polis berhampiran. 

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment