My Add

Monday 16 April 2012

Pembangkang tidak boleh lari - Rahim Tamby Chik

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, ISNIN, 16 April, 2012: Rakyat tidak akan lupa setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang terutama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun mereka mengambil pendekatan berdiam diri.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak dan mereka mampu membuat penilaian sewajarnya biarpun pihak pembangkang cuba lari daripada setiap isu yang timbul.

Beliau berkata, pembangkang tidak boleh lari dengan berdiam diri, kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjelaskan setiap isu yang berbangkit.

"Tidak seperti pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berani tampil untuk memberikan penjelasan setiap kali dituduh dan ditohmah.

"Mereka (pemimpin pembangkang) jangan fikir mereka tidak menjawab isu itu akan selesai, rakyat sekali-kali tidak lupa dan mereka sentiasa menantikan respon atas setiap isu yang timbul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Kelulusan Tanam Baru Komoditi Getah (TBKG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota di sini, hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment