My Add

Wednesday 25 April 2012

Pemilihan calon ke UPNM telus

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM

ALOR GAJAH, SELASA, 24 April, 2012: Pemilihan calon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilakukan secara telus oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa mengira kaum dan agama.

Pegawai Kanan Pemilihan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja Markas ATM, Mejar Abd. Hamid Maarus berkata, faktor utama yang diberikan perhatian dalam proses pemilihan calon pegawai kadet adalah pencapaian akademik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, katanya, setiap pemohon juga perlu lulus beberapa siri ujian termasuk pemeriksaan perubatan, latihan fizikal dan bertulis yang dijalankan serentak di lima lokasi seluruh negara pada 14 April dan berakhir hari ini.

"Tiada diskriminasi dalam pemilihan calon, siapa yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan dan lulus ujian pasti akan dipilih untuk mengikuti pengajian di UPNM," katanya selepas perbarisan pelantikan kadet UPNM sesi pengajian 2012/2013 di Kem Terendak, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment