My Add

Sunday 15 April 2012

Pemuda PPP perluas 'Projek Feed: Food for Needy'

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) merancang untuk memperluaskan "Projek Feed: Food for Needy" (agihan makanan bagi yang memerlukan) di Johor dan Kedah. 

Ketuanya, Harridz Mohan, berkata langkah itu susulan kejayaan operasi pusat serupa di Taman Sentosa, Klang, Selangor yang bermula sejak 3 Mac lalu.

Menerusi pusat di Taman Sentosa itu, sebanyak 100 bungkusan makanan tengah hari diagihkan secara percuma setiap hari kepada golongan miskin dan gelandangan, katanya kepada pemberita di sini. hari ini.

Beliau berkata. Pemuda PPP juga menggunakan van untuk mengedarkan pek makanan tersebut kepada golongan memerlukan di kawasan sekitar. 

Katanya, Pemuda PPP kini berusaha mencari sumbangan bagi menambah makanan meliputi hidangan pagi dan malam. 

"Berdasarkan pemerhatian Pemuda PPP, masih ada lagi masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk makanan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment