My Add

Monday 16 April 2012

Pencanting batik dipenjara 8 bulan curi Milo, Nescafe

KOTA BHARU, ISNIN, 16 April, 2012: Gara-gara mencuri dua paket Milo dan empat paket Nescafe berharga RM148.24 di sebuah pasar raya di sini, seorang pencanting batik terpaksa menerima meringkuk di penjara selama lapan bulan selepas disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas pencanting batik berkenaan, Mohd. Ruzailani Mat Yusoff, 33, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada Khamis lalu.

Mohd. Fazaly Ali menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Menurut pertuduhan, Mohd. Ruzailani didakwa mencuri satu paket Milo seberat dua kilogram (kg), satu paket Milo dentrigan berat 1.1kg dan empat paket Nescafe setiap satunya dengan berat 300 gram bernilai RM148.24 milik pasar raya berkenaan pada pukul 4.50 petang, 12 April lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment