My Add

Thursday 26 April 2012

Pencapaian wanita di Malaysia lebih tinggi

PETALING JAYA, RABU, 25 April, 2012: Pencapaian wanita di negara ini dilihat lebih tinggi berbanding dengan negara Islam yang lain kerana tidak mengamalkan dasar sekatan gender.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tidak ada negara Islam lain yang memberi penghargaan dan sanjungan seperti wanita di Malaysia.

“Kita lihat hari ini pencapaian wanita telah mengatasi kaum lelaki dalam pelbagai aspek dan bidang seperti pendidikan.

“Oleh itu, selayaknya kita memberi sanjungan dan menjulang martabat mereka berdasarkan pencapaian tertinggi yang dilakukan oleh golongan tersebut," katanya semasa berucap sempena Anugerah Wanita Pertama meraikan Pencapaian Cemerlang Mengiktiraf Kejayaan Individu di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata, wanita yang memberi perubahan kepada negara boleh dianggap sebahagian rakan kongsi yang boleh membantu pembangunan di negara ini.

“Mereka boleh dianggap sebagai benteng pertahanan dan contoh kepada wanita di luar negara berdasarkan sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment