My Add

Tuesday 24 April 2012

Penduduk minta penjelasan

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan kepada penduduk Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan dekat sini berhubung tindakannya menjual tapak loji kumbahan bersebelahan Sungai Kuyoh kepada pihak swasta bagi tujuan pembangunan pusat komersial.

Ini berikutan dakwaan tapak loji kumbahan seluas 2.70 hektar untuk kemudahan penduduk di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan tersebut dijual kepada pemaju swasta melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki tanah berkenaan. - UTUSAN

PKNS juga dikatakan akan menaik taraf tapak loji kumbahan kedua yang terletak kira-kira 800 meter dari tapak loji kumbahan pertama setelah kerja-kerja pembangunan projek itu selesai.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Allan Liew Sin Kim menyifatkan langkah menjual loji kumbahan kepada pemaju swasta menunjukkan kerajaan negeri tidak mendahulukan kepentingan penduduk Taman Serdang Jaya...

No comments:

Post a Comment