My Add

Thursday 26 April 2012

Pengunjung lihat sendiri kerja-kerja rekaan kereta

KOTA KINABALU. RABU, 25 April, 2012: Para pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana kerja-kerja rekaan kereta milik Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) yang dilakukan oleh R&D Styling Studio di tapak pameran.

Penolong Pengurus Bahagian Model dan Gaya, Divisyen Penyelidikan dan Pembangunan Perodua, Kamarul Hattar Ashaari berkata, peluang itu dibawa oleh Perodua semasa MSAM untuk membolehkan orang ramai melihat sendiri kerja-kerja di belakang tabir penghasilan model kereta-kereta syarikat kereta nasional itu.

Menurutnya, proses yang ditunjukkan di tapak pameran itu merupakan peringkat pertama dalam pembinaan gaya dan model kereta yang bakal dihasilkan.

Jelasnya, proses membina gaya dan model kereta dimulakan selepas Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan menerima pakej lukisan yang lengkap dengan spesifikasi baru bagi menghasilkan sesebuah kereta.  UTUSAN

No comments:

Post a Comment