My Add

Wednesday 18 April 2012

Penjana elektrik senyap ciptaan firma bumiputera jadi tarikan

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Zetro Aerospace Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan 100 peratus syarikat milik bumiputera mempamerkan penjana elektrik senyap yang menarik minat pengunjung Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Zamri Muda berkata, penjana elektrik senyap tersebut adalah teknologi terkini yang amat sesuai bagi penggunaan ketenteraan.

"Penjana elektrik senyap ini dapat digunakan dalam operasi taktikal ketenteraan. Teknologi ini telah digunakan di Asia Barat dan kita telah membekalkan kepada Oman.

"Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berminat dengan penjana elektrik senyap ini. Kita juga pada tahun ini mempamerkan lebih kepada program pertahanan darat yang ada," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zamri, pihaknya juga akan menjadi syarikat tempatan pertama yang mampu menyelenggara dan membaiki sistem peluru berpandu tercanggih jenis jarak dekat iaitu Jernas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment