My Add

Saturday 14 April 2012

Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 April, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dakwaan pengawai perubatan yang bertugas pada majlis istiadat tersebut, Dr. Rahman Kadir adalah benar, mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya.

Jelas Ibrahim, mengenali sikap serta tingkah laku pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kejadian tersebut sama ada di Dewan Rakyat mahupun ketika demonstrasi jalanan, beliau yakin itulah sebenarnya mentaliti mereka.

“Saya yakin Dr. Rahman bercakap benar dan mustahil beliau berani untuk mereka-reka dakwaan serius sebegitu apatah lagi semasa majlis istiadat Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, beliau pula individu berkecuali dan bukan pemimpin politik.

Sementara itu dakwaan seorang pegawai perubatan berhubung beberapa pemimpin pembangkang yang mempersendakan raja-raja Melayu mempunyai asas untuk disiasat.

Menurut bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, dakwaan itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana tindak-tanduk pembangkang sebelum ini jelas menunjukkan mereka tidak menghormati sistem beraja.

Sebagai bukti, katanya, rakyat diminta menilai mengenai apa yang berlaku di Perak semasa kerajaan pembangkang tumbang serta cubaan mengganggu-gugat institusi-institusi yang berada di bawah kuasa Sultan di Selangor.

“Di Perak, siapa yang menghasut penyokong pembangkang sehingga sanggup berbaring di jalanan menghalang perjalanan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah? Bukankah Anwar yang berucap ‘berapi-api’ di Ipoh malam sebelum kejadian?" tanya beliau. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment