My Add

Sunday 15 April 2012

Perhimpunan perlu bersyarat - Hishammuddin

IPOH, SABTU, 14 April, 2012: Mana-mana kumpulan atau pertubuhan yang mahu berhimpun perlu menyakinkan polis bahawa perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana aman dan tidak menyusahkan orang ramai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak menyekat mana- mana pihak untuk berhimpun tetapi mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh polis selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Kalau hendak berhimpun, kita tidak sekat asalkan tidak menyusahkan orang ramai. Ini juga menjadi tanggungjawab penganjur.

"Sekiranya pihak Himpunan Bersih 3.0 hendak lakukan sesuatu, mereka perlu yakinkan polis bahawa perhimpunan itu tidak akan menyusahkan orang ramai, orang lain pun terikat dengan syarat-syarat sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment