My Add

Wednesday 18 April 2012

Perlu lebih telus selesai cabaran baharu keselamatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Negara-negara di dunia perlu lebih telus dalam berhadapan dan menyelesaikan masalah mengenai cabaran baharu dalam aspek keselamatan yang kini bukan lagi berbentuk tradisional.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua cabaran baharu itu terutama pemerdagangan orang, keganasan, penyeludupan dadah dan percambahan senjata nuklear tidak dapat diselesaikan secara berasingan atau melalui struktur keselamatan yang lama.

"Oleh itu, hubungan multilateralisme antara negara-negara memainkan peranan penting dalam mengetengahkan cabaran-cabaran itu.

"Maka, amat sesuai perkara ini diperbincangkan di Forum Putrajaya tahun ini," katanya ketika berucap merasmikan Forum Putrajaya 2012 di sini hari ini.

Pelancaran forum dengan tema Memperkukuhkan Multilateralisme Untuk Keselamatan dan Pertahanan Serantau itu diadakan sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula semalam sehingga 19 April ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment