My Add

Sunday 15 April 2012

Persiapan DSA 2012 berjalan lancar


PARA pekerja syarikat Deftech melakukan persiapan rapi sebelum bermulanya Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD NAJIB MOHD NOR

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Persiapan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 yang akan berlangsung selama empat hari bermula Isnin ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini berjalan lancar.

Tinjauan Mingguan Malaysia di tapak pameran tersebut hari ini mendapati, kerja-kerja persiapan seperti menaikkan kain rentang, memasukkan kereta kebal ke tapak pameran dan menyiapkan pentas sedang giat dijalankan.

Latihan demonstrasi menyelamat tebusan oleh Grup Gerak Khas (GGK) juga dilaksanakan sebagai persiapan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dijangka pada Rabu ini.

No comments:

Post a Comment