My Add

Tuesday 24 April 2012

Peruntukan RM500,000 baik pulih Pasar Siti Aishah

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

BACHOK, SELASA, 24 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih Pasar Siti Aishah, Jelawat selepas mengadakan lawatan mesra di sekitar pasar tersebut di sini pagi ini.

Peruntukan tersebut bagi membesar dan memodenkan pasar berkenaan sekali gus memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung keadaannya yang terlalu uzur dan kecil.

Ia juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Pusat kepada peniaga kecil di daerah ini.

Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan mesra selama 30 minit di pasar tersebut untuk bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi oleh para peniaga serta penduduk setempat.

Turut serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment