My Add

Wednesday 18 April 2012

Pesilat Gayong minta pemimpin pembangkang jangan biadab

MELAKA, SELASA, 17 April, 2012: Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran kepada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu agar tidak sesekali mencabar kesabaran mereka dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadab dan menderhaka itu.

Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Ismail Jantan berkata, perbuatan yang didakwa dilakukan ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah tersebut telah mencambahkan perasaan marah dan ‘sakit hati’ dalam kalangan ahli silat Gayong.

“Kami minta pemimpin pembangkang jangan bersikap kurang ajar, biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu dan jangan sesekali cuba mencabar kami.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada perkataan sabar untuk meredakan kemarahan kami dan jangan sampai hati ahli silat Gayong terusik, nahas,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment