My Add

Wednesday 18 April 2012

Pinjam bank RM330j biayai pembinaan KUIN

ALOR SETAR, SELASA, 17 April, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM330 juta dari sebuah bank bagi membiayai pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling yang dijangka siap hujung tahun ini.

Kata Azizan, kerajaan negeri menaruh keyakinan tinggi dapat melangsaikan hutang tersebut dalam tempoh 15 tahun dengan memperuntukkan sebanyak RM44.8 juta setahun untuk bayaran balik kepada Bank Islam Malaysia Berhad.

"Hutang mesti kena bayar apa pun. Dalam perkara Kuin ini kerajaan negeri bersedia untuk menanggung kos pembinaan kampus terbabit sebanyak RM44.8 juta setahun.

"Kita yakin dapat melangsaikan kerana hutang kita kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan bangunan Blok E Wisma Darul Aman sebanyak RM25 juta setahun selesai tahun ini, jadi peruntukan tersebut boleh digunakan untuk membiayai pinjaman balik, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment