My Add

Thursday 26 April 2012

PM umum durian runtuh warga Felda 8 Mei ini

PADANG TERAP 25 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan durian runtuh yang dijanjikan kepada warga Felda sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pada 8 Mei ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengumuman yang dinanti-nantikan itu dijangka dibuat beliau pada satu majlis himpunan raksasa warga Felda di di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Katanya, dianggarkan lebih 20,000 warga Felda dari seluruh negara akan dihimpunkan dalam majlis tersebut bagi mendengar berita gembira itu.

“Peneroka Felda sabar dan tunggulah berapa banyak yang mereka akan dapat, durian runtuh ini dalam dua bentuk, wang tunai dan saham,’’ katanya ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Lubuk Merbau di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Ahmad berkata, pihaknya akan berterusan memberi penerangan kepada peneroka Felda berhubung penyenaraian tersebut.

“Tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan yang menentang akibat salah faham ini semakin berkurangan kerana ramai yang sudah memahami penjelasan yang kita lakukan," katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment