My Add

Friday 20 April 2012

Polis cari 2 suspek kes samun babitkan kerugian RM1.76 juta

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Polis sedang mencari dua suspek yang disyaki terbabit dalam kes menipu membabitkan kerugian sebanyak RM1.76 juta. 

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, suspek berkenaan yang hanya dikenali dengan nama samaran, Ismawi Roslan dan Datuk Abdul Razak Murad dipercayai berada di Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua suspek dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes di Ampang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta mengbungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Ain Azman Shah di talian 012-4241004, 03-429522222 atau Asisten Komisioner Muhd Tarmizi Awang daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ampang Jaya, di talian 016-3116824 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment