My Add

Tuesday 17 April 2012

Presiden Kazakhstan tiba untuk lawatan dua hari

SEPANG, SELASA, 17 April, 2012: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev tiba di Kompleks Bunga Raya Complex, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk lawatan negara dua hari bermula hari ini. 

Pesawat yang membawa Nazarbayev mendarat di KLIA pada 3.30 petang dan sejurus ketibaan beliau diperkenalkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman oleh rakan sejawatan Anifah dari Kazakshtan, Yerzhan Kazykhanov.
Turut hadir menyambut ketibaan Nazarbayev ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor selaku menteri pengiring.

Ini adalah lawatan ketiga Nazarbayev ke Malaysia dalam tempoh 16 tahun, yang mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Kazakhstan. Dua lawatan terdahulu adalah pada 1996 dan 2006. 

Pada lawatan kali ini, Nazarbayev diiringi delegasi yang terdiri daripada menteri dan juga pegawai kanan kerajaan. 

Kazakhstan adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dari rantau Asia Tengah, manakala Malaysia adalah rakan dagang kedua terbesar Kazakshtan bagi kelompok Asean. 

Pada 2011, jumlah dagangan kedua-dua negara berjumlah AS$61.1 juta dengan import Malaysia mencecah US$1 juta sementara eksport pula AS$60.1 juta. 
Nazarbayev dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok. 

Beliau juga dijangka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya esok, di mana akan diadakan mesyuarat delegasi bagi membincangkan isu dua hala, rantau dan antarabangsa. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment