My Add

Tuesday 17 April 2012

Produk berbahaya: Sendayu Tinggi mohon maaf

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. hari ini memohon maaf kepada para pengguna kerana memasarkan minuman pelangsing badan yang dipercayai mengandungi racun berjadual yang diharamkan.

Sambil menafikan penglibatan syarikat itu dalam pembuatan produk tersebut, Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, ia merupakan kesilapan pembekal yang juga pakar pemakanan yang dilantik pihaknya.

“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.

“Oleh itu, buat sementara waktu, pihak syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selesai kira-kira dua minggu lagi,’’ katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.

Tambah Rozita, pihak Sendayu Tinggi turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat untuk digunakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment