My Add

Monday 16 April 2012

Program “Sarapan Pagi, Kasihi Pekebun Kecil” RISDA

KOTA BHARU, ISNIN, 16 April, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mengadakan program “Sarapan Pagi, Kasihi Pekebun Kecil” di seluruh negara bermula awal bulan depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, program tersebut dirangka khas bagi mendekatkan pekebun kecil dengan agensi tersebut dan pemimpin tempatan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul secepat mungkin.

Beliau berkata, ia juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan berkenaan tentang amalan pertanian yang baik sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menambah pendapatan mereka.

"Pekebun kecil akan pergi menoreh pada awal pagi, selepas solat subuh, lebih kurang pukul 10 pagi mereka sudah habis bekerja dan akan bersarapan di kedai-kedai berhampiran dengan pusat penjualan getah.

"Sekarang RISDA akan kumpulkan mereka di kawasan yang lebih baik untuk bersarapan sambil berinteraksi dengan pemimpin dan pengurusan kita, dengan kehadiran pemimpin dan pihak pengurusan RISDA masalah akan dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Kelulusan Tanam Baru Komoditi Getah (TBKG) Peringkat Kelantan dan Penyampaian Sumbangan Khas Pegerusi RISDA di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment