My Add

Monday 16 April 2012

PRU-13: Polis Kelantan sedia gerak 3,900 anggota

BACHOK, ISNIN, 16 April, 2012: Sejumlah 3,900 anggota polis pelbagai pangkat di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota terbabit akan ditempatkan di semua lokasi penamaan calon dan pusat-pusat pembuangan undi di seluruh negeri sebaik sahaja proses mengenainya di umumkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, anggota yang bertugas akan patuh terhadap peraturan ditetapkan oleh kerajaan dan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar proses yang penting itu dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan.

"Polis akan memastikan isu atau sentimen yang sensitif berjaya dielakkan sepanjang kempen pilihan raya diadakan nanti. Ini termasuk mengawal sikap yang boleh mencetus perbalahan dalam kalangan penyokong parti politik.

"Sebelum ini terdapat empat atau lima kes mencabut dan membakar bendera parti yang berlaku di Tanah Merah dan Pasir Puteh dan ia akan dipastikan tidak berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Derma Darah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok di Pantai Irama di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment