My Add

Monday 16 April 2012

Pulangkan pinjaman

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Pelajar yang terbabit dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di sini, hari ini. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment