My Add

Thursday 26 April 2012

Rakyat Bangladesh maut dihempap timbunan besi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Seorang lelaki Bangladesh maut apabila dihempap timbunan besi di sebuah premis perniagaan di Jalan Sungai Besi di sini hari ini.

Ramij Miah, 26, dihempap besi itu apabila palang pengikat besi berkenaan patah pada jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh, berkata ketika itu Ramij sedang menjalankan tugas bersebelahan kawasan timbunan besi.

"Ketika kejadian, dipercayai palang pengikat besi patah dan beralih dari kedudukan asal menyebabkan ribuan palang besi seberat 3 kilogram setiap satu menghempap mangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mayat Ramij dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment