My Add

Tuesday 24 April 2012

Rakyat boleh nilai kemerosotan sokongan terhadap PKR

KOTA BHARU, SELAS, 24 April, 2012: Rakyat boleh menilai kemorosotan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini selepas integriti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipersoalkan banyak pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindakan pemimpin utama, pengasas dan pendokong PKR yang keluar dari parti itu kerana menolak kepimpinan penasihat parti pembangkang itu.
"(Mereka) yang tinggal mungkin tidak faham atau terpedaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesara-Pesara Kerajaan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, rakyat juga boleh menilai berdasarkan apa yang dilakukan kerajaan pimpinan PKR sejak mengambil alih Selangor. 

Katanya, pendekatan dan strategi pemerintahan yang diperkenalkan PKR sudah banyak menimbulkan keresahan kepada rakyat Selangor. 

Ketika ditanya dakwaan Anwar bahawa ada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyertai PKR, Muhyiddin yakin perkara itu tidak akan berlaku. 

Sebaliknya, beliau berkata sokongan kepada BN terus meningkat apabila rakyat memberi isyarat jelas mahukan kerajaan BN terus memerintah negara ini. 
"Sokongan sama turut diterima daripada rakyat Kelantan kerana mereka mahukan perubahan besar berlaku di Kelantan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment