My Add

Monday 16 April 2012

Rakyat perlu buat pilihan pemimpin yang tepat - Nazri

HULU SELANGOR, ISNIN, 16 April, 2012: Rakyat perlu menilai individu yang mereka pilih bagi mewakili mereka pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, rakyat perlu memastikan pemimpin yang mereka pilih bukan yang kurang ajar dan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang merupakan Ketua Negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai dakwaan yang beberapa pemimpin parti pembangkang bertindak menghina Raja-Raja Melayu semasa istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lepas.

"Terpulang kepada rakyat untuk menilai. Adakah orang seperti ini yang kurang ajar, biadap untuk dijadikan pemimpin. Jadi saya lebih nampak hukuman dari rakyat lebih penting ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan netbook 1Malaysia fasa 3 di Bukit Beruntung, di sini hari ini.

Dakwaan itu disiarkan di beberapa laman blog hasil pendedahan seorang pengawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang berada pada istiadat itu dan mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bertindak mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta Raja-raja Melayu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment