My Add

Tuesday 24 April 2012

RM100,000 bantu sekolah di Kelantan dapat air bersih

Oleh YULPISMAN ASLI dan AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, SELASA, 24 April, 2012: Kerajaan memperuntukan sejumlah RM100,000 bagi menyediakan sistem penapis air di 30 buah sekolah di negeri ini yang dikesan menghadapi masalah bekalan air bersih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha tersebut dilakukan kerana kerajaan bimbang penularan penyakit di kalangan pelajar disebabkan bekalan air tidak bersih di sekolah-sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berdepan masalah bekalan air bersih serius termasuk di kawasan luar bandar, sebelum diperluskan ke seluruh negeri.

"Masalah air bersih isu besar di Kelantan dan kita bimbang kalau anak-anak kita tak dibekalkan air bersih di sekolah, ini akan jadi satu isu kesihatan yang boleh mengganggu pelajaran mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan khas bersama pesara-pesara kerajaan, guru, tentera dan polis di Hotel Grand Riverview di sini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM120,000 kepada empat persatuan iaitu PBTM, persatuan bekas polis, persatuan pesara kerajaan dan persatuan pesara pendidikan Kelantan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment