My Add

Wednesday 18 April 2012

Saksi utama dikehendaki hadir ke mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Polis sedang mencari seorang saksi utama untuk hadir pada perbicaraan bagi sebutan waran tangkap di Mahkamah Seksyen Jenayah 11, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 24 April ini. 

Saksi berkenaan ialah Nazrin Baharin yang beralamat di No. 5, Kampung Puah, Gombak, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi Inspektor Jamalizah Jaafar di Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11), atau telefon 03-21460522 sambungan 689 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-21460584/585. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment