My Add

Saturday 14 April 2012

Sambutan Pesta Songkran tetap meriah

BEBERAPA penganut agama Buddha termasuk kanak-kanak menyimbah air sesama mereka ketika meraikan Tahun Baru Siam atau 'Songkhran' di Jalan Burmah, George Town, Pulau Pinang, semalam. - utusan/Sazali Che Din

KUBANG PASU, JUMAAT, 13 April, 2012: Pesta Tahun Baru Thailand atau Songkran yang disambut hari ini di sekitar Hatyai dan Danok, Thailand tetap meriah walaupun terdapat ancaman bom oleh kumpulan pengganas yang mungkin menjadikan bandar itu sebagai sasaran terbaru.

Seorang warganegara Thailand, Faridah Mat Dong, 23, berkata, penduduk serta pelancong di kedua-dua kawasan itu tetap meraikan pesta tersebut tanpa memikirkan mengenai ancaman bom.

"Selain penduduk setempat, terdapat pelancong yang turut bersama-sama meraikan pesta air ini," katanya yang ditemui di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment