My Add

Wednesday 25 April 2012

Selangor catat kes denggi tertinggi - Rosnah

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Selangor merekodkan kes demam denggi paling tinggi dengan 3,615 kes dan sembilan kematian sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Beliau berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatat 868 kes dengan tiga kematian manakala Perak mencatat 563 kes dengan satu kematian.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengenai kes denggi mengikut lokaliti seperti kawasan bandar berbanding pekan kecil, pada persidangan Dewan Negara di sini.

"Daripada data itu, kita merumuskan bahawa kawasan bandar mencatatkan masalah denggi yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar," katanya sambil memberi contoh bahawa Sabah hanya mencatat 151 kes dengan satu kematian bagi tempoh sama.

Namun, katanya trend itu akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada usaha masyarakat setempat ke arah memastikan kawasan kediaman dan persekitaran bebas denggi.

"Masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha mencegah demam denggi dan ia bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata melalui pelbagai kempen dan usaha pencegahan oleh Kementerian Kesihatan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment