My Add

Saturday 14 April 2012

Senarai calon MIC diserah pada PM lepas Parlimen bubar

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, senarai calon parti itu hanya akan diserahkan kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Parlimen dibubarkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada senarai itu sudah siap atau sebaliknya.

"Saya juga ada menerima tawaran untuk bertanding di beberapa negeri tetapi saya belum beri keputusan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat BN Cheras, di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 150 warga emas dan orang kurang upaya pelbagai kaum menerima bantuan wang tunai RM200 daripada UMNO Bahagian Cheras.

Mengulas lanjut, beliau juga yakin BN akan menerima impak politik lebih besar pada pilihan raya umum kali ini berikutan peningkatan sokongan orang Melayu dan India terhadap kepimpinan Najib selain usaha untuk meningkatkan sokongan masyarakat Cina.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan Perdana Menteri yang sering turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat begitu penting dalam memenangi hati dan minda rakyat, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment