My Add

Wednesday 18 April 2012

Siti Mariah mahu saman Dr. Rahman

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Ahli Parlimen Kota Raja (Pas), Dr. Siti Mariah Mahmud akan memfailkan saman terhadap seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta raja-raja Melayu pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV.

Menurut Siti Mariah, tindakan saman itu dibuat atas kapasiti peribadinya yang difitnah melalui kenyataan penulis blog tersebut yang dipetik oleh ratusan laman blog lain dan secara tidak langsung memberi gambaran bahawa beliau terlibat dalam kejadian tersebut.

"Saya telah dihubungi pengundi saya dan apabila merujuk laman sosial Facebook itu, ia memberi gambaran bahawa saya terlibat bersama beberapa ahli Parlimen mempersendakan raja-raja Melayu pada hari pertabalan tempoh hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment