My Add

Tuesday 17 April 2012

SPMPP mahu polis siasat peserta demostrasi PTPTN

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 16 APRIL, 2012: Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang (SPMPP) mahu polis menjalankan siasatan ke atas semua peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung Sabtu lepas kerana mengeluarkan kenyataan dan perilaku provokatif.

Ketua Penerangan SPMPP Md Rashid Ismail berkata tindakan mereka itu menyinggung perasaan banyak pihak terutama dalam hal menghasut dan mewujudkan tindakan berbentuk provokatif melampau.

"SPMPP pada dasarnya tidak berminat mencampuri urusan segelintir mahasiswa yang di belakang tabir mereka dipengaruhi pihak tertentu.

"...tetapi apabila mereka menganjurkannya dengan tidak sopan, biadab dan pelbagai celaan dikeluarkan kepada kerajaan pemerintah terutama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kami tidak boleh berdiam diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Md Rashid berkata SPMPP menyeru semua Badan Bukan Kerajaan membuat laporan polis di seluruh negara untuk mendesak polis menyiasat penganjuran demonstrasi itu yang ternyata kurang ajar dan tidak menghormati nilai adat serta agama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment