My Add

Thursday 26 April 2012

SPNB pertikai tindakan kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) mempertikai tindakan kerajaan negeri Selangor yang akan mengadakan majlis penyerahan kunci kepada 1,116 pemilik rumah teres dan 2,500 pemilik rumah kos rendah di Alam Perdana pada 28 April ini. 

Pengerusinya, Datuk Wira Ir Idris Haron, berkata projek perumahan yang membabitkan 2,500 unit rumah pangsa kos rendah lima tingkat di Bandar Alam Perdana Ijok itu adalah projek SPNB dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.

"SPNB dan Kerajaan Persekutuan komited dalam usaha membaik pulih projek Bandar Alam Perdana, di mana secara fizikalnya sudah siap 100 peratus dan dalam proses untuk memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Majlis Daerah Kuala Selangor memberi kerjasama yang baik dalam proses pemeriksaan bagi mendapatkan SLM dengan semua surat sokongan daripada semua jabatan luaran dan teknikal sudah diperoleh, kecuali daripada Indah Water Konsortium dan SYABAS. 

"SYABAS memerlukan surat akujanji daripada pihak Menteri Besar Incorporated, iaitu kerajaan negeri, untuk memastikan kerja-kerja berkaitan dilakukan seperti yang dipersetujui sebelumnya," katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata majlis itu tidak akan membabitkan 2,500 unit rumah yang dibaikpulih oleh SPNB kerana SLM masih belum diperoleh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment