My Add

Sunday 15 April 2012

SPRM selar pembangkang

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

BAGAN DATOH, SABTU, 14 April, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar sikap memilih bulu pembangkang yang sering menuduh suruhanjaya itu mahu menjatuhkan kerajaan negeri pembangkang jika terdapat Exco atau pemimpin mereka disiasat berhubung kes rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pembangkang sering kali mempolitikkan siasatan SPRM jika ia melibatkan pemimpin mereka tetapi mendesak siasatan dipercepatkan jika pemimpin politik itu daripada Barisan Nasional (BN).

"Rasuah ini bukan isu yang wajar dipolitikkan, ini isu jenayah tetapi jika kita siasat pemimpin di negeri yang dikuasai pembangkang mereka tuduh SPRM mahu menjatuhkan kerajaan mereka sedangkan rasuah tidak mengenal parti politik.

"Kita suruhanjaya bebas, kita siasat semua malah, seorang Exco Barisan Nasional (BN) di negeri ini pernah disiasat dan disabitkan kesalahan rasuah tapi tidak menjadi isu politik seperti dilakukan pembangkang," katanya ketika berucap pada Program Peduli Jujur Sinar SPRM, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment