My Add

Wednesday 25 April 2012

SPRM siasat AKSB: Nik Aziz sedia beri kerjasama

KOTA BAHARU, RABU, 25 April, 2012: Kerajaan Negeri Kelantan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, termasuk berkaitan urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, komitmen tersebut bagi menentukan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Saya sedia buka pintu 24jam untuk pihak berkenaan membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Pengajian Islam (MPI) di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai berapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat AKSB di sini, Isnin lepas, untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment