My Add

Sunday 15 April 2012

Sumbangan dana untuk pelihara, pulih haiwan terancam

KOTA KINABALU, AHAD, 15 April, 2012: Sabah mengalu-alukan sumbangan dana daripada badan korporat dalam program memelihara dan memulihara spesis haiwan terancam di negeri ini, khususnya badak sumbu Sumatera. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata biarpun program berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan, tetapi pembabitan badan berkenaan menunjukkan tanggungjawab sosial yang harus dipikul bagi meningkatkan imejnya sebagai badan yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

"Badak sumbu Sumatera adalah antara 12 haiwan paling diancam kepupusan di dunia yang mana hanya terdapat 200 ekor masih hidup liar dan 30 ekor daripadanya mempunyai habitat di Sabah," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Sime Darby Rhino Walk sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Masidi turut memuji langkah Yayasan Sime Darby dalam menyumbangkan dana untuk program memelihara dan memulihara haiwan itu sejak dahulu, termasuk lebih RM11 juta bagi Santuari Badak Sumatera Borneo di Hutan Simpan Tabin, Lahad Datu. 

Beliau juga berharap program Rhino Walk itu dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan badak sumbu Sumatera dan haiwan liar lain kepada alam sekitar, di samping mendapatkan maklumat mengenai peluang pelaburan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment