My Add

Tuesday 24 April 2012

SUPP sudah ada calon untuk Parlimen Sibu dan Lanang

KUCHING, SELASA, 24 April, 2012: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata beliau sudah mempunyai calon yang berpotensi untuk diletak bertanding di kawasan Parlimen Sibu dan Lanang. 

Namun beliau berkata masih ada masa lagi sebelum tempoh akhir untuk 
menyerahkan senarai nama calon sama ada kepada pucuk pimpinan parti SUPP atau

pengerusi Barisan Nasional (BN) peringkat negeri dan pusat iaitu pada 30 April ini. "Saya sebagai pemimpin SUPP yang bertanggungjawab terhadap kawasan Sibu dan

Lanang hanya akan mengumumkan senarai calon bila sampai masanya," katanya 
ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian bantuan khas kepada 82 
pesakit kanser dan buah pinggang di Hospital Umum Sarawak di sini hari ini. 

Ditanya sama ada beliau akan menyerah senarai nama tersebut terus kepada 
Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri, Wong berkata "apa pun keputusan, ia perlu 

dibuat atas semangat BN dan apa yang penting ialah fokus kepada pilihan raya". 
Sebagai salah satu komponen BN di Sarawak, SUPP dikatakan bakal bertanding di tujuh bandar utama yang majoritinya merupakan pengundi Cina iaitu di 
kawasan Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan 
Miri. 

Ahad lalu Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata parti itu 
akan mengekalkan penyandang kerusi kawasan Parlimen Serian dan Sarikei selain 
mempertaruhkan muka baru bagi kerusi Bandar Kuching pada pilihan raya umum 
akan datang. 

Peter Chin dilaporkan berkata tiga nama calon iaitu Datuk Richard Riot 
(Serian), Ding Kuong Hiing (Sarikei) dan Kaunselor Tan Kai (Bandar Kuching) 
telah dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP untuk 
dihantar kepada pucuk pimpinan tertinggi BN. 

Bagaimanapun empat lagi nama bagi kerusi Parlimen Sibu, Lanang, 
Miri dan Stampin belum diketahui dan dijangka diputuskan selewat-lewatnya 30 
April ini. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment