My Add

Monday 16 April 2012

Syed Zainal mungkin tidak mahu sambung kontrak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 201: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan bahawa Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd. 

Mahathir, yang juga penasihat Proton berkata dalam kes Syed Zainal, tidak ada kemungkinan pemecatan tetapi semata-mata soal mengenai perjanjian antara Syed Zainal dan DRB-Hicom mengenai cara terbaik untuk menangani masalah tidak diperlukan.

"DRB-Hicom berhak menukar Pengarah Urusan kerana mereka kini memiliki Proton tetapi buat masa ini Syed Zainal masih pengarah urusan dan beliau dibayar bagi jawatan itu.

"Bagaimanapun sudah tentunya beliau mungkin tidak mahu meneruskannya. Itu pilihan beliau," kata Mahathir kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Strategi Peringkat Tinggi Meja Bulat yang dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan berita bahawa Syed Zainal mungkin disingkirkan sebagai pengarah urusan syarikat selepas pelancaran model sedan Proton Preve malam ini. 

Apabila ditanya mengenai potensi pengganti, Mahathir berkata:"Saya rasa jika Syed Zainal tidak berada di sana, DRB-Hicom perlu menggantikan seseorang di sana. 

"Mungkin, salah seorang daripada orang DRB-Hicom sendiri yang berpengalaman dalam industri automotif (boleh mengisi jawatan)," katanya. 

Minggu lalu, sebuah akhbar harian perniagaan melaporkan Syed Zainal sudah menyerahkan peletakan jawatan beliau, beberapa hari sebelum pelancaran model terkini Proton dan beberapa minggu selepas DRB-Hicom mengambil alih syarikat terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment