My Add

Saturday 14 April 2012

Tabung Haji meterai ikrar integriti korporat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 April, 2012: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) komited mewujudkan organisasi yang telus dan terhindar daripada gejala rasuah melalui pemeteraian Ikrar Integriti Korporat hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nasir berkata, pemeteraian itu sekali gus dapat mengukuhkan akauntabiliti dan tadbir urusnya.

''Ini bukan bermakna sebelum ini kita tidak mempunyai integriti tetapi penyertaan dalam ikrar ini akan menyerapkan perasaan integriti dan menjadikannya amalan bagi setiap warga Tabung Haji,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment