My Add

Tuesday 17 April 2012

Taib Azamudden cetus tanda tanya

BALING, isnin, 16 April, 2012: Ketiadaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib dalam program dan ceramah Pas malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan banyak pihak termasuk penyokong parti itu sendiri.

Kelibat beliau tidak nampak sepanjang program yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga timbul desas-desus yang menyatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Pas Baling.

Sama ada tidak dijemput atau Taib Azamudden sengaja tidak mahu hadir ke program itu, masih menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli Pas sedangkan semua wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dan Kuala Ketil hadir.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan Taib Azamudden seolah-olah dipinggirkan sejak gagal menjawat jawatan nombor dua di bahagian itu. Kini yang nampak lebih menonjol ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Johari Abdullah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment